Selasa, 20 Jun 2017

Pulau Caribbean Siap Sedia Hadapi Ribut Tropika

BRIDGETOWN – Barbados dan pulau-pulau di Caribbean bersiap sedia kemungkinan berdepan keadaan tekanan rendah tropika yang boleh mengundang kepada berlakunya ribut tropika, lapor media tempatan.

Susulan itu, beberapa jam lepas, pihak berkuasa Barbados mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk berhati-hati, kemungkinan berlakunya tiupan angin sekuat 80 kilometer sejam dengan gelombang setinggi empat meter.

Keadaan itu berbahaya untuk bot-bot kecil dan dilarang menjalankan sebarang aktiviti laut.

Pihak berkuasa Granada, Trinidad-Tobago dan Jamaica turut mengeluarkan amaran sama pada hujung minggu lepas.

Pada tahun ini, sekurang-kurangnya 11 keadaan tekanan rendah tropika dijangka terbentuk di Atlantik.

Ramalan jabatan meteorologi serantau, sebahagiannya mungkin boleh berubah menjadi taufan tahap tiga hingga lima.

– BERNAMA-NNN-PRENSA LATINA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sL13d1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News