Isnin, 5 Jun 2017

Qatar Buka Mulut Isu Hubungan Diplomatik, Sempadan



DUBAI - EMERIAH ARAB BERSATU. Kerajaan Qatar mengecam tindakan Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Bahrain, Yaman dan Mesir kerana 'mengambil tindakan melulu'.

"Langkah diambil (kelima-lima negara) adalah melulu dan berpandukan tuduhan palsu dan salah," kata kenyataan Kementerian Luar Qatar, dipetik laporan Channel News Asia.

"Sasaran mereka jelas, iaitu mahu mengawal negara ini (Qatar). Tindakan tersebut telah mencemari kedaulatan Qatar sebagai sebuah negara," tambah kenyataan tersebut.

Keputusan empat negara teluk dan negara arab berkenaan memutuskan hubungan darat, laut dan udara dengan Qatar didakwa 'tidak akan memberi kesan kepada rakyat Qatar'.

"Kerajaan Qatar akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menggagalkan usaha merosakkan masyarakat dan ekonomi Qatar," tambah kenyataan berkenaan.

Sementara itu, syarikat penerbangan domestik, Qatar Airways menggantung semua penerbangannya ke Arab Saudi.-SH


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsy9NS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News