Ahad, 18 Jun 2017

Radio THR Gegar Mohon Maaf Putarkan Azan Maghrib 5 Minit Awal Minta Rakyat Kelantan Ganti Puasa

thr.png

Sebuah stesen radio tempatan, THR Gegar memohon maaf kepada rakyat Kelantan berhubung kes teknikal yang berlaku kelmarin. Laman sosial Facebook milik THR Gegar diserang netizen yang kebanyakkannya rakyat Kelantan sejak malam semalam kerana memutarkan azan maghrib lima minit awal sebelum waktu berbuka puasa.

Menurut seorang netizen, radio berkenaan memainkan suara azan maghrib ketika pukul 7.23 malam sedangkan waktu berbuka puasa di Kelantan adalah pada pukul 7.27 malam.

Pelbagai reaksi netizen mengenai isu tersebut di mana seorang netizen menceritakan bahawa dirinya melihat orang ramai di kedai mulai menikmati hidangan ketika mendengar azan berkenaan sedangkan waktu berbuka masih berbaki 5 minit. Tak kurang juga ada netizen yang menyindir stesen radio berkenaan dengan meminta untuk memutar azan Maghrib pada pukul 7 hari ini.

01.jpg

02.jpg

Walau bagaimanapun pihak THR Gegar sudah memohon maaf di dalam salah satu komen entri mereka di Facebook. Pihak THR Gegar menjelaskan bahawa azan Maghrib berkenaan diputarkan awal lima minit kerana gangguan sistem yang berlaku semalam. Pihaknya juga meminta rakyat Kelantan yang berbuka awal semalam untuk menggantikan puasa semula berdasarkan Jumhur Ulama.

maaf.png

Kami di Thr Gegar memohon maaf di atas gangguan sistem yang berlaku semalam dan berdasarkan Jumhur Ulama, puasa yang terbuka awal perlu diganti. Pihak kami amat kesal dengan apa yang berlaku. Maaf kosong-kosong dari hati. -THR Gegar

Ketika mengulas isu berkenaan, Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir, seorang Penolong Pegawai Agama (Dakwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dalam status Facebooknya memberitahu bahawa wajib untuk qadha puasa kerana mendakwa isu ini juga merupakan kesalahan netizen. Menurut beliau, netizen sudah mempunyai jam dan juga takwim, tetapi tidak berhati-hati dan mempercayai radio semata-mata, ini menyebabkan ianya berlaku kerana kecuaian netizen dan jatuh hukum wajib qadha.

maaf2.png

Semoga netizen lebih berhati-hati dan dan tidak bertindak cuai mengenai isu ini. Diharap kejadian ini sama-sama memberikan pengajaran buat kita semua.

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdNPoA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News