Selasa, 6 Jun 2017

Rakyat Qatar Panik Berpusu Beli Barangan



DOHA: Penduduk ibu kota Qatar semalam, berpusu-pusu di pasar raya besar bandar raya itu ketika pegawai meyakinkan mereka supaya tidak panik selepas Arab Saudi mengenakan sekatan ke atas bekalan makanan terhadap negara itu.

Qatar hanya berkongsi sempadan tanah dengan Arab Saudi, dan bergantung import ke atas makanan yang kebanyakan dari negara Teluk.

Semalam, negara Arab termasuk Arab Saudi dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar dan menuduh negara itu menyokong keganasan sekali gus dianggap krisis diplomatik terbesar melanda rantau itu.

Sementara itu, pembeli beratur sehingga 25 orang dalam pasar raya Carrefour di pusat beli belah Pusat Bandar Doha, iaitu lokasi paling sibuk di ibu negara Qatar, beberapa jam selepas lima negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu.

Orang ramai memenuhkan barangan dalam troli dan bakul, manakala rak makanan penting seperti susu, beras dan ayam, kosong.

Qatar mengimport barangan seperti ayam dari Arab Saudi dan penduduk tempatan menerusi media sosial, semalam mengadu mereka perlu makan ayam dari Oman dan sebaliknya. AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvBewM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News