Selasa, 6 Jun 2017

Rambut kuning atau emas syarat hadir majlis ‘Bakal Orang Terkaya’ di Butterworth

Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis makan malam amal yang dianjurkan warga China, Zhang Jian yang mendakwa dirinya “bakal menjadi lelaki terkaya di dunia”.

Hadirin pada majlis makan malam di Taman Chai Leng di Prai pada Ahad itu dijanjikan insentif RM1,000, dengan syarat mereka tampil dengan gaya yang bertepatan.

Dikatakan setiap seorang perlu membayar sebanyak RM200 untuk menghadiri majlis makan malam itu.

Syarat lain adalah hanya mereka yang rambutnya diwarnakan kuning atau emas sahaja dibenarkan masuk.

Wartawan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk membuat liputan.

Zhang bagaimanapun tidak kelihatan pada majlis tersebut.

Pada April lalu, dia turut didakwa menganjurkan majlis makan malam amal yang seumpamanya di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di Sabah.

Menurut beberapa akhbar utama berbahasa Cina, syarikat pelbagai peringkat pemasaran Zhang dikatakan akan membuat kemunculan semula di Malaysia dengan menganjurkan beberapa majlis makan malam sejak kebelakangan ini.

Beberapa ahli syarikat mendakwa Zhang berada di Maldives.

Menurut laporan media, raturan ahli yang kebanyakannya dari China turut menghadiri salah satu majlis makan malam yang dianjurkan Zhang.

Ada hadirin dalam kalangan wanita tampil dengan kepala botak, manakala yang lain dilihat mempunyai tatu dengan nama Zhang sebagai tanda sokongan, malah beberapa lelaki memaki gaun pada majlis.
Sumber: MStar



Sumber Rambut kuning atau emas syarat hadir majlis ‘Bakal Orang Terkaya’ di Butterworth

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOEILm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News