Isnin, 5 Jun 2017

Ranau Dijamin Selamat Dikunjungi – Ewon Ebin

RANAU – Anggota Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin memberi jaminan bahawa tahap keselamatan daerah ini adalah terkawal dan ia selamat untuk dikunjungi.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai pelancong dalam dan luar negara akan mengunjungi daerah ini, yang memiliki pelbagai destinasi menarik untuk dilawati.

“Pada masa ini, semua berada dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang keraguan. Saya berharap lebih ramai lagi pelancong datang ke sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai Larian obor KL2017 sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Kundasang dekat sini, hari ini.

Ewon berkata demikian ketika diminta mengulas keadaan semasa Ranau setelah dilanda gempa bumi bermagnitud 5.9 skala Richter pada 5 Jun 2015 hingga mengorbankan 18 orang termasuk empat malim Gunung Kinabalu.

Hari ini adalah ulang tahun kedua bagi memperingati tragedi dan mangsa gempa bumi itu. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKtWWg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News