Ahad, 18 Jun 2017

Raya Seadanya

Raya Seadanya

Assalamualaikum,

Camana persiapan raya korang? Ok? Meriah?

Bagi yang balik jauh, persiapan kenderaan paling penting yer. Jangan buat buat lupaa, sebab kawan aku dah terlupaa.

Kisahnya begini. Aku pekerja kerajaan, kerajaan Malaysia bukan Selangor, maka bonus RM500 sahaja, Alhamdulillah.

So sejak dari gaji dimasukkan beserta bonus, semua sibuk membeli. Lepas beli offline waktu rehat, beli online waktu kerja. Takde lah aku nak tegur atau jeles, kewangan kita lain lain.

Perati jelaaa dari jauh. Aku dapat enjoy rm500 je sebab laki aku tak bagi guna gaji yang lain memandangkan itu gaji bulan depan kami. Raya sekadar raya, hari hari biasa perlu dilalui.

Minyak kena isi, taska anak kena bayar, tol kena bayar, makan masih kena bayar sendiri bulan depan open house kadang kadang sajaa.

So baru je ni gaji, tak silap last Thursday ke Wednesday camtu laa. Kawan aku sama macam aku, ada anak sorang, duduk rumah sewa, basically lebih kurang lah tanggungannya.

Tiba tiba semalam, dihari yang indah dan mendung,

Aku ada masalah wey
Apehal?
Laki aku pegi service keta, total 1k++
So kenapa?
Dia minta aku tolong sikit, tolong cover duit nak balik raya and ada la sikit sikit.
Guna laa duit gaji, kan dah masuk
Masalahnya dah terguna banyak! Dah nak habis pon. Mana aku expect benda camni. Pinjam sikit weh

Tertelan air liur aku. Dah nak habis? Nak pinjam?

Patutnya boleh sebab ada laa simpanan seposen dua, tapi.. esok baru aku nak bagi, aku nak dia muhasabah diri. Bukan jahat ok tapi aku nak dia learnt lesson.

Baju anak kau dah cukup kee?
Ada laa beli dua tiga pasang haritu. Baju orang bagi pon ada yang tak penah pakai, aku buat jelaa baju raya
Baju tidur raya dah beli? Stokin? Topi?
Kena kee?
Kena laaa, kita orang tak belek, anak kita orang belek, tunjuk laa kita ni berduit sikit kat orang kampung
???

Senanya raya bukan beli baju baru pon. Sepasang yanh cantik pon dah cukup. Umi aku memang kedekut dari dulu, while my freinds ada 4 pasang baju baru, aku ada 1 je. Baju hari ke 2 ke 3 pakai jelaa mana mana baju yang jarang pakai. Umi aku pegawai bukan takde duit tapi itu cara mengajar.

And now aku dah terbiasa pon. Memang raya beli satu je. Yang lain pakai je mana boleh pakai. Ada anak pon camtu gak. Cuma tak laa satu jee, aku beli 2 3 pasang gak, sebab mana ada baju kurung kee baju raya sebelum ni, so first time. Tapi untuk tido ker apa, pakai jelaa baju biasa nak. Mak kau tak rasa kita tidur sambil raya, selalunya kita berdengkur jee.

Tengok poket guys! Kalau Minah boleh beli banyak banyak, jangan ikut. Ekonomi kita lain lain, ni.

Beb beli 2 free postage, kau nak tak?
Ok nak!

Nak sajaa. Tsk!

Ni untuk raya, lepas raya ada lebih kurang 2 3 minggu lagi nak hadap. Simpan duit okay?

Kenapa la tiap kali nak raya kerajaan bagi duit awal? Patutnya persiapan raya hasil dari duit simpanan, bukan duit gaji bulan tersebut.

Kau dapat simpan boleh lah, yang tak dapat nak raya apa?

Raya SEADANYA! Kiteorang dapat simpan rm800 jeee untuk raya tahun ni. Simpan dari bulan 2. So bersiap lah sebanyak 800 termasuk sedekah duit raya dsb. Baju peruntukkan zaman ekonomi ni sorang rm100 jee, nak lebih pegi cari part time. Kakaka.

Terpaksa la wey bukan laki aku kejam tapi thats the truth. Sempat laa aku part time online haritu, dapat laa bonus bulanan sikit-boleh laa tambah tambah.

Ok dah. Tengok poket, tengok poket. Goodbye!

Ibu

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seJ7Hj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News