Selasa, 20 Jun 2017

Remaja Muslim Dibunuh Selepas Keluar Masjid



VIRGINIA: Seorang remaja Muslim perempuan dipukul dan diculik selepas meninggalkan sebuah masjid di sini, di mana polis kemudian menangkap seorang lelaki kerana disyaki membunuh gadis malang itu ekoran penemuan mayatnya di dalam kolam, kata pihak berkuasa.

Dilaporkan, kejadian itu berlaku Ahad lalu ketika mangsa dan beberapa rakannya berjalan di luar masjid, yang kemudian bertengkar dengan seorang pemandu kereta, kata Jabatan Polis Fairfax County.

Pemandu itu bertindak keluar dari keretanya dan menyerang mangsa, Nabra Hassanen berusia, 17 tahun.

Nabra dilaporkan hilang selepas rakan-rakannya bertempiaran lari ketika mereka diserang lelaki berkenaan.

Polis kemudian menemukan satu mayat di dalam sebuah kolam di Sterling, dipercayai remaja perempuan yang diserang itu.

Ketika usaha mencari Nabra digerakkan, polis menahan seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mencurigakan, dikenalpasti sebagai Darwin Martinez Torres, 22.

Polis mengeluarkaan waran tangkap ke atas pemuda itu untuk mendakwanya atas kematian Nabra.- Antarapos


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJz9yg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News