Selasa, 20 Jun 2017

RM2 Juta Untuk Baiki Jalan Kampung Di Batu Kurau

BATU KURAU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk membaiki jalan kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata projek itu akan dilaksanakan selepas Aidilfitri ini.

“Kita akan mengambil tindakan segera untuk memastikan jalan kampung yang rosak dapat dibaiki bagi kemudahan penduduk di sini,” katanya berucap merasmikan majlis penyampaian agihan keuntungan Ladang Segar kepada 160 penduduk di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Amin berkata agihan keuntungan itu membuktikan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) memahami masalah yang dihadapi rakyat dalam keadaan ekonomi sekarang.

Beliau berkata walaupun ladang kelapa sawit itu sedang ditanam semula tetapi PPPNP berusaha membantu meringankan beban rakyat dengan memberikan sebanyak RM400 seorang kepada penerima.

Menurut beliau ladang segar seluas kira-kira 280 hektar di Pondok Tanjung di sini beroperasi sejak 2001 dan setiap tahun penduduk menikmati agihan keuntungan tersebut. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPJ1CC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News