Rabu, 21 Jun 2017

Saham Dunia Susut Seiring Penurunan Harga Minyak


NEW YORK: Pasaran saham dunia susut semalam berikutan kejatuhan harga minyak yang mempengaruhi sektor tenaga.

Sementara itu, komen positif daripada beberapa pegawai rasmi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah melonjakkan dolar ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan.

Selepas pasaran ditutup, penyedia indeks MSCI berkata pihaknya akan menambah saham China yang digelar sebagai 'A' kepada Indeks Pasaran Baru Muncul dalam satu keputusan penting bagi landskap pelaburan global.

Harga minyak susut sekitar dua peratus dengan Brent diniagakan pada tahap terendah dalam tempoh tujuh bulan dan minyak mentah AS pada nilai terendah sejak September lalu.

Ia berikutan peningkatan bekalan daripada beberapa pengeluar utama yang telah menjejaskan perjanjian OPEC dan pengeluar minyak bukan anggota OPEC yang lain bagi mengurangkan hasil global.

Penurunan itu memberi kesan kepada saham tenaga di Wall Street dan Eropah.

Indeks tenaga S&P susut 1.3 peratus dan mencatat prestasi terburuk daripada 11 sektor S&P utama yang lain.

Sektor minyak dan gas Eropah pula susut 2.2 peratus.

Indeks purata industri Dow Jones susut 61.85 mata atau 0.29 peratus kepada 21,467.14, S&P 500 susut 16.43 mata atau 0.67 peratus kepada 2,437.03 dan indeks komposit Nasdaq susut 50.98 matau atau 0.82 peratus kepada 6,188.03. - Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLAh1r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News