Ahad, 18 Jun 2017

Sam dan Syatilla Namakan Anak Syeriv Shamheizy

19122264_1888992531374683_18521594633440

Selamat melahirkan cahaya mata pertama awal Mei lalu, lama juga masa diambil untuk pasangan, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan nama anak lelakinya itu. Menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka telah berkongsi nama bayi mereka iaitu, Syeriv Samheizy.

Nama bayi yang cukup unik itu mungkin diberikan berdasarkan nama Sam dan Syatilla sendiri. Rata-rata peminat teruja mendapat tahu nama bayi pasangan ini yang memang lain dari yang lain. Bagaimanapun sehingga kini pasangan ini masih menyorokkan wajah bayi mereka.

Sebelum ini Syatilla telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada awal Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Ampang. Berita gembira itu turut dikongsikan menerusi akaun Instagram Sam yang teruja menyambut kehadiran orang baru di dalam keluarga.

Apapun pasangan ini tidak memaklumkan pula maksud di sebalik nama bayi mereka. Tetapi pasti Sam dan Syatilla memilih maksud yang baik dan indah buat anak kesayangan mereka. (rtky/w)

  • SUMBER
  • My Artis

Sumber: Rotikaya



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rE1YwE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News