Selasa, 20 Jun 2017

Sarapan Kek Coklat Di Awal Pagi Bagus Untuk Otak Dan Saiz Pinggang.

Siapa yang tak terliur dengan kek coklat? Lebih-lebih lagi apabila ia yang pertama dikeluarkan dari peti sejuk di waktu pagi. Bukan setakat kenyang diperut, malah rasanya sangatlah mendamaikan hati apabila disuap ke dalam mulut.

Coklat sangat digemari diseluruh dunia, maka sains telah menunjukkan bahawa kek coklat sememangnya mempunyai kebaikannya tersendiri, jadi kita tak perlu rasa bersalah.


Satu kajian telah dijalankan di Syracuse University, New York mengenai kek coklat. Seramai 968 orang yang nerumur antara 23 tahun hingga 98 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Tabiat pemakanan mereka telah diperhatikan, dan tabiat ini tidak diubah untuk melibatkan diri dalam kajian ini.Hasil dari permerhatian telah mendapati bahawa coklat memberi kesan yang positif terhadap aktiviti kognitif dan jika ia diambil secara teratur, ia mampu untuk meningkatkan kemahiran ingatan dan pemikiran abstrak.

Di universiti yang lain,   satu lagi dijalankan dan mendedahkan hasil yang lebih menarik. Apabila mereka makan kek coklat setiap hari, ia membantu mereka untuk bekerja. Mereka juga mendapati dengan makan kek coklat secara teratur ia mampu untuk membantu menurunkan berat badan.

Dr. Daniela Jakubowicz mendapati otak memerlukan tenaga segera apabila seseorang itu bangun dengan cepat dan tiba-tiba.Badan manusia menukar makanan kepada tenaga dengan lebih berkesan di waktu pagi, oleh itu sekeping kek coklat tidak akan memberi kesan kepada saiz pinggang anda. Jika anda makan kek coklat di waktu tengahari atau petang, badan lebih cenderung untuk menyimpannya sebagai lemak simpanan.


Menurut kajian ini, amatlah penting untuk mengambil kek coklat sebelum jam 9 pagi. Orang yang makan protin, karbohidrat dan 600 kalori pencuci mulut  cenderung untuk kehilangan lebih berat badan berbanding mereka yang mengambil 300 kalori sarapan selepas jam 9 pagi.

Kenapa coklat sangat penting untuk kesihatan? Salah satu sebabnya adalah kerana ia mengandungi flavonoids yang biasa ditemui dalam makanan berasaskan tumbuhan. Flavonoids boleh ditemui dalam kacang koko. Flavonoids juga terdapat dalam teh hijau dan teh hitam. Flavonoids memberi banyak kesan yang baik kepada kesihatan; iaitu bersifat antioksidant, antiradang, baik untuk sistem kardiovascular (jantung) serta baik untuk sistem saraf.

Apabila kita memahami sifatnya, maka kita tiada alasan untuk mengelak daripada mengambil kek coklat sebagai sarapan. Hidup terlalu pendek untuk tertekan dengan perkara-perkara kecil seperti ini.

Sumber: tipsforhome, whfoods.com



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2toK0vB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News