Selasa, 6 Jun 2017

Saya Bukan Anak Emas Astro Dan Masih Ikut Prosedur Yang Ditetapkan Sama Seperti Penerbit Lain Michael Ang

Nama penerbit dan pengarah, Michael Ang tidak perlu diperkenalkan lagi. Karya-karya beliau sering mendapat sambutan hangat. Antara drama popular beliau ialah Suri Hati Mr Pilot, Dia Semanis Honey dan yang terbaru, Hero Seorang Cinderella.

Hampir semua drama beliau ditayangkan di saluran Astro dan ada pihak mengatakan Michael adalah anak emas stesen televisyen swasta berkenaan yang mendapat layanan istimewa. Betul ke?

Walaupun drama terbitan Cube Film kerap disiarkan di Astro, jangan anggap saya mendapat laluan istimewa. Kalau ada anggapan itu baik lupakan saja. Saya juga seperti penerbit lain perlu ikut prosedur yang telah ditetapkan.

Saya harus melalui prosedur, kena hantar kertas cadangan juga, kalau pihak Astro tak suka, mereka tolak saja skrip saya itu. Siapa kata saya anak emas Astro?

Menurut Michael, beliau hanya akan memilih naskhah yang baik dam berkualiti untuk diadaptasikan menjadi sebuah drama. Itulah cara beliau memikat stesen televisyen selain mempunyai strategi pemasaran bijak untuk karya beliau mendapat perhatian ramai.

Menepis lagi dakwaan sebagai anak emas Astro, Michael akui, ada juga kertas cadangan yang dikemukakan pada stesen berkenaan ditolak hanya kerana kandungannya tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Sumber Berita : Utusan Online

Sumber: Beautifulnara



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHFSX5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News