Ahad, 18 Jun 2017

Saya Pernah Dikecam Teruk Oleh Kawan Kerana Tak Keluar Rumah Selama 13 Hari Untuk Jaga Isteri Berpantang


Salam admin, saya nak luah pendapat dan juga berkongsi idea dengan golongan suami di luar sana. Saya seorang pegawai penjawat awam dan tujuan saya berkongsi perkara ini untuk memberi perspektif baru tentang berpantang. 

Isteri saya baru melahirkan anak kedua kami. Semasa proses kelahiran anak pertama dan kedua, saya berada dalam dewan bedah untuk menyaksikan kelahiran cahaya mata saya dan mengertikan betapa pengorbanan seorang isteri melahirkan anak. 

Di sini saya ingin menyarankan kepada semua lelaki bergelar suami

  • Jagalah isteri anda berpantang sendiri
  • Sediakan makanan panas untuk dia
  • Sediakan mandian dia
  • Mandikan bayi
  • Tungkukan perut dan kakinya
  • Kemaskan rumah
  • Persiapkan tempat yang selesa untuk isteri berpantang
  • Cucikan luka jahitan isteri
  • Basuh pakaian

Saya bukan nak kata saya hebat, tetapi alhamdulillah saya berjaya walaupun hanya seminggu lebih saja saya menjaga pantangnya. Dengan berbuat sebegini, baru encik suami tahu betapa penatnya menjadi surirumah, betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki. 

Hentikanlah menghantar isteri berpantang di rumah orang tua mereka atau kita. Kita yang membuatkan isteri mengandung, kita yang sedap dan merasa nikmatnya, takkan ibu bapa isteri atau kita pula yang kena jaga isteri kita berpantang? Mana kata dan janjimu 'susah senang bersama'? 

Akan ada pendapat yang mengatakan bahawa, "Saya tak reti masak, tak reti mandikan bayi, tak reti itu ini bla.. bla.. bla..." 

Bang, sekarang semua benda dihujung jari. Jangan jadikan alasan tak pandai itu ini untuk tidak menjaga isteri berpantang. Sedangkan Valentino Rossi bila dilahirkan, bukannya terus pandai menunggang motosikal. Buat mengikut langkah demi langkah, asalkan buat. Motivasikan diri untuk isteri tuan-tuan. 

Apa yang saya lihat sekarang bila isteri bersalin, suami seperti merdeka habis! Suami terus hantar isteri ke rumah mak mentua, sementara itu dia pula pergi memancing, layan corner cecah dagu, duduk di kedai mamak sampai kerusi berlubang bagai. 

Saya sedih melihat golongan suami sekarang. Saya pernah dikecam teruk oleh beberapa kawan-kawan saya sendiri kerana saya tidak keluar dari rumah selama 13 hari menjaga isteri saya berpantang. Bermacam-macam kata-kata kecaman yang diterima seperti takut isteri, kena rantai dan anti sosial.
 
Saya meluahkan perkara ini sebab saya rasa ia merupakan satu tanggungjawab suami untuk menjaga isteri berpantang kerana badan dia baru saja kehilangan separuh nyawa. Urat-urat putus semasa proses kelahiran. 

Tidak salah pun kita korbankan lagi 40 hari tidak melakukan aktiviti harian kita selama ini. 40 hari saja, kedai mamak itu pun takkan bankrap kalau abang-abang tak pergi ke kedai mereka selama 40 hari. Ikan di sungai tak habis pun kalau tak pergi memancing 40 hari. 

Kita tidak rugi apa-apa pun jaga isteri. Malah lebih mengeratkan hubungan kerana kita tahu peritnya menjaga seorang perempuan bernama isteri.

Sumber: The Reporter


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIxViJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News