Ahad, 18 Jun 2017

“Saya Tidak Akan Jadi Calon PM Harapan” – Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada PRU14.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat untuk Pakatan Harapan memfokuskan kepada pilihan raya umum berbanding bertelagah siapa calon PM.

“Pertikaian sebegini akan memberi mudarat kerana keputusan mutlakj terletak di tangan rakyat yang membuat keputusan pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Anwar turut menggesa Pakatan Harapan untuk terus memberi penekanan dan fokus kepada perkara yang lebih penting.

Menurutnya, apa yang perlu diberi perhatian adalah isu seperti polisi negara, ketidaktelusan sistem dan memenangi PRU14.

“Isu lain seperti pertikaian untuk mendapatkan kuasa dan jawatan serta pertikaian dalam Harapan tidak boleh dibiarkan,” ujarnya.

“Bagi memfokuskan kepada kemenangan pada PRU14, saya membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2so7tNc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News