Rabu, 21 Jun 2017

Semakin jelita, Mia Sara kena ngorat dengan netizen

PELAKON yang dulu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak iaitu Mia Sara sudah pun berusia 12 tahun.

Malah, menerusi sebuah foto di Instagram, kejelitaan pelakon yang turut memiliki rangkaian tudung jenama Mia Couture ini semakin terserlah dan dipuji netizen.

Ada juga netizen yang nakal cuba memberi ayat-ayat pick up line dan memikat pelakon drama Strawberi & Karipap ini.

Rata-rata netizen memuji penampilan dan gaya Mia kini lebih matang daripada usianya yang masih di peringkat sekolah rendah.

Antara komen yang ditinggalkan peminat di laman Instagram:

@hanimohd8561 bakal heroin… heroin sekarang yang mana dah tua, tolong jadi kakak atau emak, sebab ramai heroin muda sekarang ni.

@khai_1996 Mia Sara sangat cantik dan bergaya 🌹🌹💖💖😍😍 Mia saya minta nombor telefon Mia, boleh tak 🙂

@nurfaiqahhaifaa Wow miasara dah matanglah

@irrzaaimmy nak nombor telefon boleh tak Mia?

@its.afifaaa Omg! serius tu Mia ke? sebab lawa sangat!

Mia mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2008 menerusi drama Adamaya disamping pelakon terkenal Lisa Surihani.

Dia pernah menjadi perhatian sebagai pelakon kanak-kanak paling comel dan membintangi beberapa filem seperti Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi dan Papa I Love You.
Sumber: MStar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLhrrB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News