Selasa, 6 Jun 2017

Serangan London Bercanggah Dengan Ajaran Islam – PAS


KUALA LUMPUR – PAS mengutuk serangan ganas terhadap orang awam London yang mengorbankan tujuh nyawa dan menyebabkan 48 orang cedera.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, serangan berkenaan adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Islam adalah agama perdamaian yang menjaga hak orang awam semasa aman atau waktu peperangan. Islam juga melarang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan merosakkan bangunan serta pokok tanaman.

“Tambahan pula, UK mengamalkan sikap toleransi terhadap umat Islam untuk mengamalkan agama, dan umat Islam dapat hidup aman dan bebas untuk bekerja, berpendidikan, berurus niaga dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan.

Serangan ganas di London Bridge dan Borough Market, penyerang melakukan serangan secara rambang yang disifatkan sebagai serangan ‘aksi pengganas’ terburuk.

Tiga penyerang terbabit memakai jaket berisi bom yang kemudiannya disahkan palsu turut ditembak mati.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 12 suspek telah ditahan di sebuah pangsapuri dekat Bar­king, timur London bagi membantu siasatan pihak polis susulan insiden sera­ngan berdarah tersebut sepanjang Ahad.

Sebelum pada ini, serangan ganas juga telah dilakukan di sebuah konsert di Manchester pada 22 Mei 2017 dengan modus operandi pengebom berani mati meletupkan dirinya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 maut termasuk kanak-kanak dan 59 lagi cedera. – MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rveIUE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News