Selasa, 6 Jun 2017

Serangan Roket Gegar Kabul Afghanistan

KABUL – Pihak militan melancarkan serangan roket di kawasan Shash Darak di Kabul Afghanistan pada Selasa ketika persidangan antarabangsa kerjasama keamanan dan keselamatan sedang berlangsung, memetik sumber media tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

“Roket itu mensasarkan kawasan lapang di Shash Darak yang terletak di Police District 9 kira-kira 11.25 pagi waktu tempatan namun tidak menyebabkan kecederaan,” kata sumber enggan dikenali kepada Xinhua.

Kawasan berkenaan menempatkan pejabat diplomatik, bangunan kediaman serta ibu pejabat Resolute Support Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sumber berkata, maklumat lanjut mengenai insiden itu akan dimaklumkan kemudian

Terdahulu, pembukaan persidangan antarabangsa bertajuk “Proses Kabul” disertai 20 negara dan organisasi antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Rusia, China, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, NATO dan Kesatuan Eropah berlangsung dengan kawalan keselamatan ketat.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.

Sebelum ini, serangan letupan trak berlaku di kawasan diplomatik di daerah Wazir Akbar Khan menyebabkan 150 orang terbunuh dan 450 lagi cedera. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMXBLJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News