Isnin, 5 Jun 2017

Seru Pocong Di Khalayak Ramai..


SERAM sejuk apabila melihat sebuah video ritual memanggil hantu pocong di khalayak ramai yang dipercayai berlaku di Indonesia.

Menerusi video tersebut kelihatan seorang lelaki kononnya sedang menjalankan upacara ritual itu sambil satu susuk tubuh seperti hantu pocong.

Lelaki tersebut seperti membaca sesuatu sebelum susuk pocong itu kelihatan melompat-lompat ke arah orang ramai yang berada di sekeliling kawasan berkenaan.

Namun, tiada seorang pun kelihatan berganjak dan ia seperti satu persembahan ‘hiburan’ buat mereka.

Bagaimanapun, video tersebut berakhir ketika ‘pocong’ itu terbaring dan seorang lelaki lain cuba untuk membuka ikatan di bahagian kepala.

Perkongsian video tersebut menjadi tular di laman sosial dan timbul pelbagai persoalan netizen yang meragui video tersebut.

Pemerhatian mendapati video tersebut dimuat naik di Youtube pada bulan September 2016 dan menerusi komen mendapati lelaki berkenaan adalah penjual ubat.

Netizen menganggap video tersebut hanyalah satu bentuk promosi untuk menjalankan perniagaan ubat yang tidak diketahui jenis ubat yang dijual.

Ada juga netizen berpendapat itu adalah lakonan semata-mata dan menggunakan ‘perkhidmatan’ jin untuk menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada upacara ritual memanggil pocong itu benar-benar berlaku atau sebaliknya. – MYNEWSHUB.CC



LinkMalaysia News