Isnin, 19 Jun 2017

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Umum Nama Anak di Instagram

Wah nampaknya raya tahun ni Sam dan Syatilla makin meriahlah dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Pasangan ini menerima kehadiran bayi lelaki pada Mei lalu sempat berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya itu.

Melalui akaun instagram kedua pasangan tersebut, Sam dan Syatilla telah berkongsi nama anaknya iaitu Syeriv Samheizy hasil gabungan nama mereka berdua.

Menggunakan nama yang unik dan tersendiri rata-rata pengguna media sosial teruja dan memberi respons yang sangat baik terhadap nama bayi tersebut.

Masih merahsiakan wajah bayi tersebut, Sam dan Syatilla adakalanya tidak lokek berkongsi sedikit gambar keadaan anaknya dari masa ke masa.

Bukan itu sahaja, Sam dan Syatilla juga tidak melepaskan peluang mewujudkan satu akaun khas untuk anak kecilnya itu di instagram.

Walaupun baru sahaja memuat naik sekeping gambar dan tidak menunjukan wajah, bayi tersebut telah mengumpul jumlah pengikut sebanyak 16.6 ribu dalam masa satu hari.

Sememangnya pasti ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kedua selebriti popular ini bukan?
Hmmmm, agak-agaknya anak mereka ikut wajah ibu atau ayahnya?

Terdahulu Syatilla telah disahkan mengandung pada Oktober tahun lalu dan selamat melahirkan pada May tahun ini di sebuah pusat perubatan di Ampang.

The post Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Umum Nama Anak di Instagram appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2spFKeU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News