Isnin, 5 Jun 2017

SKMM Hadkan 5 SIM Berdaftar Untuk Seseorang – Perlu No. Pengenalan Untuk Tambah-Nilai Prabayar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kini telah mengeluarkan notis kepada para penyedia perkhidmatan, menekankan yang mana ia adalah diwajibkan untuk mendaftar para pengguna prabayar ketika membuat pembelian kad SIM berkenaan.

Bersama-sama dengan notis berkenaan, SKMM turut mengatakan yang mana panduan pendaftaran prabayar telah diubah beberapa perkara, dan dijangka dikuat-kuasa tidak lama lagi.

Antara perkara yang berubah adalah termasuk dimana kini penyedia perkhidmatan tidak lagi boleh mendaftar seseorang pengguna sekiranya mempunyai lebih daripada 5 SIM berdaftar atas mereka. Sebelum ini, angka berkenaan adalah 10 SIM, dan ia dilihat akan dikurangkan. Pertanyaan kami kepada pihak SKMM memperlihatkan yang mana pengguna sedia ada masih boleh kekal menggunakan seperti biasa, dan tiada perubahan untuk mereka.

Disamping itu, salah satu perkara yang mencuri perhatian pada notis sama adalah dimana penyedia perkhidmatan perlu menyediakan platform yang memerlukan pengguna untuk memasukkan nombor pengenalan untuk tambah-nilai.

Bercakap lanjut mengenainya, pihak SKMM mengatakan, “Pengguna perlu memasukkan nombor IC atau mana-mana nombor pengenalan diri (seperti passport) yang telah digunakan ketika mendaftar, sekiranya ingin tambah nilai. Ini bagi memastikan pengguna menggunakan nombor IC / passport yang betul ketika mendaftar, dan diharap dapat mengurangkan masalah pendaftaran palsu.”

Langkah ini dilihat selari dengan objektif disebalik pendaftaran kad-SIM yang mana ingin mengurangkan penyalahgunaan talian telekomunikasi, serta untuk tujuan sekuriti.

Walaubagaimanapun, ia masih menjadi pertanyaan sama ada pengguna sedia ada akan terkesan untuk proses tambah-nilai ini atau sebaliknya. Selain itu, ia juga menjadi persoalan lagi sama ada nombor kad pengenalan akan diperlukan untuk tambah-nilai bagi pertama kali sahaja, atau setiap kali ingin menambah-nilai.

SKMM mengatakan mereka masih dalam proses untuk mengenal-pasti mekanisma perlaksanaannya bersama-sama syarikat telekomunikasi. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan panduan pendaftaran prabayar baru ini selewat-lewatnya pada 1 Disember 2017 ini.

SKMM Notis Prabayar



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKIOUy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News