Ahad, 18 Jun 2017

Tahanan Reman Meninggal Dunia Di Hospital Limbang

LELAKI yang masih dalam tahanan reman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri, tengah hari semalam, selepas doktor mengesahkan terdapat cecair dalam otaknya.

Sebelum itu, suspek berusia 50 tahun terbabit dikejarkan ke Hospital Limbang selepas ditemui tidak sedarkan diri di lokap IPD Limbang kira-kira 6 petang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, selepas perkhidmatan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dijalankan mendapati ada cecair dalam otak suspek.

Menurutnya, sehari kemudian, doktor di Hospital Limbang meminta suspek dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut sebelum diterbangkan menggunakan pesawat Cessna Pasukan Gerakan Udara Polis Sabah.

"Ketika menerima rawatan di Hospital Miri, doktor mengesahkan sel otak suspek sudah mati dan alat bantuan pernafasan perlu dicabut jam 12 tengah hari semalam.

"Suspek sebelum ini ditahan polis kerana disyaki sebagai pengedar dadah di daerah Limbang pada 21 Mei lalu. Suspek masih lagi dalam tempoh reman dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Limbang sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.-HMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2soju5b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News