Selasa, 20 Jun 2017

Tarik Buaya Macam Kayu Balak, SAM Mempersoal Pengetahuan, Kepakaran Anggota Bomba Ketika Menyelamat

Tarik Buaya Macam Kayu Balak, SAM Mempersoal Pengetahuan, Kepakaran Anggota Bomba Ketika Menyelamat

Seekor buaya sesat ditemui di kawasan kunci air berdekatan stesen janakuasa di Kampung Tok Muda, Klang, Selangor, pada 28 Mei lalu. (Gambar: Info Roadblock Jpj/polis - Facebook)

Seekor buaya sesat sepanjang enam meter seberat kira-kira satu tan dikeluarkan sepasukan anggota bomba dari kawasan kunci air berdekatan stesen janakuasa di Kampung Tok Muda, Klang, Selangor, pada 28 Mei lalu. 

Pasukan bomba mengambil masa hampir 12 jam untuk mengeluarkan buaya berkenaan yang terperangkap di situ menggunakan peralatan khas yang dinamakan 'chain lock'. 

Haiwan itu bagaimanapun mati ketika menunggu untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).

Bomba mempunyai niat yang baik untuk membebaskan reptilia itu. Namun, kematiannya membawa kepada persoalan lain yang disuarakan Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian tersebut.

TAK PUAS HATI CARA BOMBA TANGKAP BUAYA?

SAM dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya memberi perhatian serius terhadap banyak insiden reptilia mati selepas ditangkap oleh bomba termasuk buaya berkenaan.

"Persoalan berkaitan adakah pasukan penyelamat kita dilengkapi dengan pengetahuan yang mencukupi untuk menangani hidupan liar? SAM percaya ia adalah sebaliknya," kata Presiden SAM, S.M. Mohamed Idris.

Menurutnya, berdasarkan gambar cara buaya itu ditangkap oleh pihak bomba, ia seperti menarik sebatang kayu balak yang besar berbanding haiwan bernyawa. Pakar hidupan liar berpandangan cara itu mungkin menyebabkan reptilia berkenaan lemas kerana tekanannya terlalu kuat dan anggotanya mungkin patah.

Bagaimanapun, jika terlalu longgar, menjadikan haiwan itu berfikir ia mempunyai peluang untuk melepaskan diri menyebabkan ia lebih meronta-ronta.

Anggota penyelamat bergambar dengan buaya yang ditangkap dikritik SAM sebagai tidak memikirkan kebajikan reptilia itu.

BUAYA SERING TERTEKAN

S.M. Mohamed seterusnya mendakwa buaya bersaiz besar sering tertekan ketika dan selepas ditangkap menyebabkan ia mudah terbunuh atau cedera jika dikendalikan dengan cara yang tidak sesuai. Beliau mendakwa tekanan itu boleh membawa kepada 'capture myopathy' iaitu kejutan akibat ditangkap, dicuit, dan ditujah.

Justeru, beliau berpandangan anggota bomba sepatutnya memiliki kepakaran khusus untuk melakukan kerja-kerja mengambil, mengendali dan mengangkut buaya.

"Tidak terdapat pemahaman berhubung teknik penangkapan hidupan liar yang sempurna. Mengambil gambar dengan haiwan liar yang ditangkap kelihatan menjadi keutamaan daripada kebajikan haiwan liar yang ditangkap," sindirnya.

SERAHKAN KEPADA PAKAR

Sehubungan itu, S.M. Mohamed meminta Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar memastikan penangkapan buaya liar, reptilia dan spesis hidupan liar lain selepas ini hanya dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kemahiran teknik untuk menangkap dan mengendalikan haiwan itu.

"SAM berharap laporan necropsy diumumkan kepada orang ramai untuk menilai penyebab kematian sebenar dan jika sesuatu boleh dilakukan untuk mencegahnya daripada berulang" katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sleIa9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News