KUALA LUMPUR: Pelawak, Tauke, menegaskan ikatan pertunangan bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Nadia sejak Disember 2015 masih utuh.
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria menjelaskan, banyak faktor dalaman menyebabkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tertangguh, namun beliau tetap berharap dapat mengakhiri zaman dudanya pada tahun ini juga.
“Ikatan pertunangan kami masih lagi terjalin dengan baik, jadi berita mengatakan kami sudah putus adalah tidak benar. Kalau boleh, semestinya saya ingin semua urusan dipercepat dan dipermudahkan, namun kita hanya mampu merancang. TUNANG Tauke Jambu, nadia.
“Perkahwinan bukanlah perkara remeh kerana ia membabitkan banyak perkara dan juga keluarga. Semuanya harus diselesaikan dengan baik kerana pelbagai pihak turut terbabit, jadi doakan semuanya berjalan dengan lancar.
“Saya sendiri berharap dapat berkahwin dalam tahun ini juga kerana tidak mahu hasrat itu tertangguh lagi,” kata Tauke ketika ditemui pada program iftar bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya.
Berita pertunangan Tauke berlangsung secara tertutup di rumah keluarga perempuan di Terengganu, namun ia dikongsi menerusi laman Facebook sebuah stesen radio swasta.
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, selepas dua tahun pemergian Pak Yus, Tauke mengaku belum bertemu gandingan serasi dengannya.
“Bukan mudah untuk mencari keserasian, apatah lagi saya dan arwah Pak Yus memang rapat, namun saya enggan terburu-buru.
“Kalau saya rasa sesuai (dengan mana-mana pelawak), namun peminat tidak dapat menerima lawak kami, tiada gunanya juga,” kata Tauke.-BharianOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJUurd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News