Selasa, 20 Jun 2017

T’ganu Sedia Import Bekalan Kelapa Jika Memerlukan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri bersedia untuk mengimport bekalan bahan mentah seperti kelapa untuk menampung permintaan sepanjang sambutan Aidilfitri ini jika keadaan memerlukan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Justeru kata beliau, penduduk di negeri itu tidak perlu khuatir terputus bekalan.

“Kira-kira 35,000 biji kelapa telah sedia untuk dibekalkan pada minggu-minggu perayaan ini.

“Setakat ini bekalan sentiasa ada dan kita yakin ia mencukupi sehingga hari raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media, di sinin semalam.

Beliau juga memberi jaminan bekalan daging ayam, lembu dan ikan mencukupi untuk menampung keperluan perayaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLebzK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk ๐Ÿ‘ Like & ๐Ÿ’• Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News