Ahad, 18 Jun 2017

THR Gegar Putar Azan 5 Minit Awal, Netizen Berang Tiada Permohonan Maaf Rasmi

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Radio Stesen THR Gegar membuat permohonan maaf di dalam satu komen di laman Facebook mereka kelmarin selepas diserang beberapa pengguna Facebook yang rata-ratanya warga negeri pantai tumur, Kelantan. Permohonan maaf itu adalah kerana stesen radio berkenaan telah memutarkan azan lebih awal daripada waktu berbuka sebenar beberapa hari lalu.



Apa yang menaikkan kemarahan netizen adalah, pihak mereka sendiri tidak menyedari akan hal penting sebegitu serta tiada permohonan maaf secara rasmi dibuat. Rata-rata meberikan komen dengan memerli dan memarahi pihak radio tersebut kerana tidak mengambil berat tentang isu penting seperti itu.

Sumber: Kisah Dunia Sumber: KIsah Dunia

Selepas mendapat terlalu banyak komen berkenaan isu terbabit, pihak THR akhirnya memohon maaf tetapi hanya melalui komen di Facebook sahaja.

Sumber: Kisah Dunia

Disebabkan itu, masih ramai yang berang dan kecoh di media sosial kerana sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi permohonan maaf daripada mereka. Malah status mereka yang mempunyai komen permohonan maaf tersebut itu juga telah dipadam!

Seorang netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan THR Gegar turut meninggalkan komen teguran di wall Facebook mereka.

Sumber: Facebook

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik screenshot perbualannya dengan rakan sekelas yang juga merupakan staf di stesen radio tersebut. Wanita itu seolah-olah marah kerana netizen kecoh dengan kesilapan teknikal tersebut. Ehh mestilah marah! Kena qada’ tau puasa tu!



Sumber: Twitter

Kak, orang bukan marah sebab azan awal semata-mata, tapi sebab takde mohon maaf secara rasmi…

Sumber: Twitter Sumber: Twitter

Kesilapan teknikal ini juga bukan yang pertama kali berlaku di THR Gegar, cuma sebelum ini tiada yang menyalahkan mereka kerana kejadian tidak berlaku di bulan Ramadan. Pada bulan Ramadan kebanyakkan orang akan berpandukan radio untuk tahu waktu berbuka puasa.

Sumber: Twitter

Jika kesilapan mereka pada tahun ini tidak kecoh, adakah kesilapan sama akan berulang lagi tahun hadapan? Diharap pihak THR Gegar membaik pulih sistem mereka untuk mengelakkan perkara penting sebegini tidak berulang berkali-kali.

Takkan tiap-tiap tahun kena ganti puasa sebab kesilapan teknikal kan?

Baca: “Hargai Zuriat Yang Allah Amanahkan” – Netizen Tegur Ibu Bapa Manjakan Anak Dengan JUNK FOOD



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rILjmM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News