Ahad, 18 Jun 2017

TLDM Kesan Objek Bawah Air Dipercayai MT Putri

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya mengesan objek di bawah air berupa kapal karam dipercayai MT Putri Sea.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata objek itu dikesan Kapal Diraja (KD) Perantau menggunakan “sonar multi-beam”.

“Tim penyelam TLDM dalam perjalanan untuk mengesan objek terbabit,” katanya menerusi laman Twitter rasminya hari ini.

Awal pagi Khamis lepas, enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila kapal tangki tersebut meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Pengelih, dekat Pengerang, Johor.

Anak kapal berkenaan dikenali sebagai Akhmad Faharuddin, 35; Muhamad Heri Hernanda, 28; Abdur Rahem, 31; Rendy Alamanda, 28; Sulkifli, 39, dan Yohanis Sumari, 35.

Kapal MT Putri SEA dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea.

Laporan kehilangan kapal berkenaan diterima daripada Polis Pengawal Pantai Singapura (SPCG) sekitar jam 5 pagi setelah ejen kapal cuba menghubungi kapal berkenaan tetapi gagal. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgMWdn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News