Selasa, 6 Jun 2017

T.O.P Masih Mampu Senyum Walau Disingkir

ANGGOTA kumpulan Big Bang, T.O.P telah disingkirkan daripada menjalani latihan khidmat ketenteraannya selepas mengaku terlibat dengan penggunaan dadah jenis marijuana atau ganja.

Menurut kenyataan polis Korea Selatan, selepas penyanyi itu diperintahkan untuk meninggalkan latihan ketenteraan, dia perlu melalui proses penyiasatan dan perbicaraan mengenai kes narkotik tersebut.

“Jika dia tidak dijatuhi hukuman penjara, dia akan diarahkan untuk masuk semula dan menjalani latihan ketenteraan yang bermula dari awal.

“Bagaimanapun dia tidak boleh diterima semula ke dalam satu bahagian yang sama selepas disingkir keluar melainkan jika mempunyai alasan kukuh.

“Secara rasmi, khidmatnya sebagai seorang anggota polis tentera kini telah berakhir,” katanya, seperti yang dilaporkan dalam portal hiburan negara itu, Allkpop.

Foto-foto eksklusif T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun ketika dibawa keluar daripada Balai Polis Gangnam petang tadi telah didedahkan oleh portal Dispatch.

Walaupun kes ini sebenarnya agak memalukan, namun rapper berusia 29 tahun itu tidak menyembunyikan wajah, sebaliknya kelihatan tenang dan masih mampu tersenyum.

Sementara itu, laporan polis menyatakan T.O.P mungkin akan didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah secara berbahaya.

T.O.P ditugaskan berkhidmat sebagai seorang anggota polis di sebuah stesen di Gangnam sejak Mac lalu.

Terdahulu, dia mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak Oktober 2016.

Berikut merupakan foto-foto eksklusif yang diambil oleh Dispatch Korea:

-MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWyGcv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News