Ahad, 18 Jun 2017

‘TRUMP SENDIRI TAK DAPAT KAWAL DOJ TETAPI HARA

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan dakwaan pembangkang cuba mendapatkan campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam politik Malaysia, di tengah-tengah saman terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) negara itu yang mengatakan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion yang disalahgunakan dari 1MDB.

Menjawab tuduhan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak, Fahmi menegaskan bahawa walaupun Presiden AS, Donald Trump tidak dapat mengawal DOJ.

“Saya tidak pasti sama ada beliau sedar tetapi, kali terakhir saya periksa, Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak dapat mengawal DOJ.

“Malah Presiden Amerika Syarikat sendiri tidak mengawal DOJ,” kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Trump menyerang Timbalan Peguam Negara DOJ, Rod Rosenstein kerana menyiasat beliau susulan pemecatan Ketua FBI, James Comey.

Fahmi berkata, Salleh perlu berhenti memfitnah pembangkang.

Sebaliknya, jelas beliau, Salleh perlu menjelaskan mengapa Putrajaya tidak menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur atau memanggil duta AS ke Malaysia untuk penjelasan jika apa yang terkandung dalam pemfailan DOJ itu tidak benar.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sL5C7G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News