Isnin, 5 Jun 2017

UMNO Kalabakan Tak Gentar Berdepan Parti Lawan

TAWAU – UMNO Bahagian Kalabakan tidak gentar berdepan dengan mana-mana parti lawan dalam pilihan raya ke-14 kelak dan yakin pengundi di bahagian itu memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata keyakinan itu wujud seiring dengan gerak kerja jentera di kawasan itu yang konsisten, tidak bermusim dan aktif melaksanakan pelbagai program di seluruh pelosok bahagian itu.

“Pemimpin daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri aktif melaksanakan aktiviti turun padang, bukan sekadar untuk mendekati masyarakat akar umbi, tetapi juga untuk mendengar keluhan dan permasalahan mereka,” katanya.

Abdul Ghapur yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian pada Majlis Jelajah Berbuka Puasa UMNO Kalabakan, di Masjid As-Solehin, Kg Haji Matahir di sini hari ini.

Katanya setiap kali pihaknya mendapat maklumat berkaitan isu masyarakat, perkara tersebut akan diteliti dan diberikan tindakan yang sewajarnya, atau terus dibawa ke pengetahuan pihak atasan bagi mencari jalan penyelesaian.

Hadir sama pada program itu, ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik merangkap Timbalan Ketua Umno Kalabakan Datuk Abdul Muis Picho. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKs0NQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News