Selasa, 6 Jun 2017

UPP Pujut Berhadap Diberi Peluang Kedua

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.74 Pujut dan berharap diberi peluang kedua untuk meletakkan calonnya di kerusi tersebut.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh dipetik Utusan Borneo sebagai berkata, jentera parti kini sudah bersedia sepenuhnya dan berharap mereka diberi peluang kedua menjadi calon pada PRK nanti sekali gus merampas kerusi itu semula daripada pembangkang.

Menurutnya, meskipun PRK Pujut bakal menyaksikan pertandingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pembangkang, namun beliau yakin dengan adanya 30 peratus pengundi Bumiputera kerusi tersebut akan mampu dimenangi.

Beliau berkata, UPP menjangkakan Ketua Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan mengumumkan nama calon dalam masa terdekat, mungkin dalam minggu ini.

“Sekiranya diberi peluang, kita akan bekerja keras dengan parti komponen BN lain memastikan kemenangan,” katanya
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pusat Operasi UPP bagi DUN Pujut di Miri semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Jun hari penamaan calon dan 4 Julai sebagai hari mengundi.

Kerusi DUN Pujut kosong setelah Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bersidang pada 12 Mei lalu meluluskan usul melucutkan jawatan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon

Perlucutan kelayakan Dr Ting dari DAP berpandukan Pasal 17 (1) (G) Perlembagaan negeri Sarawak kerana pernah mendapatkan kewarganegaraan Australia sebelum ini.

Dr Ting melanggar Artikel 17 (1) (G) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan seseorang tidak layak dipilih menjadi ahli dewan undangan negeri sekiranya dia pernah, antara lain, secara sukarela mendapatkan kewarganegaraan atau menggunakan hak warganegara di mana-mana negara di luar persekutuan atau telah mengisytiharkan taat setia kepada mana-mana negara di luar persekutuan Malaysia.

Pada PRN ke-11 lalu, Dr Ting memenangi kerusi Pujut dengan majoriti 1,759 setelah memperolehi 8,899 undi, menewaskan calon BN, Hii King Chiong yang hanya mendapat 7,140 undi, calon PAS, Jofri (513 undi) dan calon Bebas, Fong Pau Teck (375 undi). - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNJVD2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News