Selasa, 6 Jun 2017

Video Aci Baran Belasah Budak Perempuan Tular


SATU rakaman video memaparkan seorang nenek membelasah dan memukul seorang kanak-kanak perempuan tanpa belas ihsan dipercayai Taman Puchong Perdana, Puchong, kini menjadi tular di laman Facebook.

Menerusi rakaman itu, kanak-kanak malang berusia lingkungan lima tahun itu dipukul dipercayai gara-gara tertumpah air di atas meja makan.

Berang dengan hal itu, wanita berkenaan dilihat mengarahkan kanak-kanak itu beredar dari meja makan sebelum memukulnya dengan menggunakan sebatang kayu secara bertubi-tubi.

Kanak-kanak itu dilihat menangis dan meraung ketika dipukul sambil menggosok-gosok badannya kerana terlalu sakit.

Insiden pukul itu bagaimanapun tidak berakhir disitu, sebaliknya wanita kemudian bertindak menampar muka, menendang dan memukulnya kanak-kanak tersebut sekuat hatinya.

Menerusi video berdurasi dua minit 48 saat itu, turut kedengaran wanita itu berkata dalam bahasa Tamil bahawa dia tidak kisah jika video yang dirakam menjadi viral.

Individu yang merakam video ini kemudian dipercayai memuat naik di laman sosial sebelum dikongsi netizen lain.

Kanak-kanak yang didera itu dipercayai dijaga oleh suspek buat sementara waktu dan bukan ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azlin Sadari mengesahkan menerima laporan berhubungan kejadian itu.

Menurutnya, wanita berkenaan telah pun ditahan untuk siasatan manakala, mangsa sudah diselamatkan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYnzj8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News