Isnin, 5 Jun 2017

Video: Pengawal Nepal Yang Bukan ‘Biasa-Biasa’


SEJAK semalam, rakaman video insiden lama membabit dua lelaki tempatan dibelasah pengawal keselamatan berbangsa asing mula mencuri perhatian netizen di media sosial

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan pangsapuri itu, kejadian berpunca apabila kedua individu terbabit dikatakan tidak dibenarkan memasuki ke kawasan kediaman itu.

Menerusi rakaman CCTV, pengawal terbabit pada mulanya meminta secara baik tujuan mereka untuk memasuki kawasan itu, namun mereka sebaliknya dikatakan naik berang secara tiba-tiba.

Seorang lelaki kemudian dilihat menolak seorang pengawal keselamatan kebelakang, lalu membuatkan pertengkaran diantara mereka terus meletus.

Menurut netizen, kedua pengawal terbabit berlawan seakan ahli gusti profesional ekoran tindakan mereka yang mengelak tumbukan dan cuba memberikan serangan balas.

“Ini lah Nepal yang korang hina selama ni, tengok diorang sanggup taruhkan nyawa untuk jaga keselamatan korang kat luar sana,” kata Imran Hafiz.

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian, namun menurut netizen kejadian mungkin dipercayai berlaku di ibu negara. – MYNEWHUB.CC



LinkMalaysia News