Rabu, 21 Jun 2017

Video: Pertunjukkan Silap Mata Masukkan Syiling Dalam Baju Wanita Semua Tak Menjadi. Rupa²Nya…

Seorang ahli silap mata palsu telah dituduh mencabul kehormatan wanita selepas dia memuat naik video dirinya melakukan silap mata pada payudara beberapa wanita.

Lelaki itu memuat naik video tersebut pada 14 Jun yang menunjukkan dia meletakkan duit syiling pada dada wanita dan mendakwa dia boleh membuat duit syiling itu masuk ke dalam coli mereka. Walaubagaimanapun polis tempatan telah dimaklumkan berikutan aduan daripada pengguna web.

Lelaki berusia 26 tahun itu bernama Xu, memuat naik video dirinya melakukan helah di Youku, platform perkongsian multimedia.

Rakaman silap mata palsu itu telah dikongsi dalam talian pada 14 Jun, menunjukkan Xu menghampiri tujuh wanita secara berasingan, serta memberitahu mereka dia ‘akan melakukan silap mata’  di tempat membeli-belah pejalan kaki di Chengdu, Wilayah Sichuan.

Xu akan menyuruh wanita memeriksa jika duit syiling itu merupakan duit syling sebenar, Kemudian dia memberitahu mereka untuk merenung syiling itu. Kemudian dia meletakkan duit syiling di dada wanita dan mendakwa dapat membuat duit syiling itu masuk ke dalam pakaian.

Beberapa wanita kelihatan terkejut apabila Xu meletakkan tangannya di atas dada mereka. ‘Adakah ianya perlu diletakkan pada payudara saya?’ kata seorang wanita.

Wanita akan diberitahu untuk tidak bergerak sehinggalah dia melepaskan tangannya. Apabila dia mahu menamatkan helah silap matanya, Xu menjatuhkan duit syiling di atas lantai dan berpura-pura mengatakan silap matanya gagal.

Biro Polis Jinjiang mengeluarkan satu kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa video itu telah menarik perhatian mereka kerana mereka telah menerima beberapa aduan daripada pengguna web.
Mereka menahan Xu dan jurukamera berusia 31 tahun itu, bernama Zhou, kerana mendatangkan kemarahan awam dan mmenimbulkan masalah petang semalam. Kedua-dua mereka akan ditahan selama 14 hari.

Sumber:- DailyMail



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRG75l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News