Ahad, 18 Jun 2017

Warga Emas Dibunuh Pembantu Rumah, Ditekup Bantal dan Digigit Puting

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi



Seorang warga emas berusia 65 tahun ditemui mati di kediamannya di Kajang, lapor The Star. Wanita itu ditemui terlentang tidak sedarkan diri di atas katil di rumahnya dengan mukanya ditutup bantal pada pukul 3.36 petang, 6 Mei lalu.

Gambar Hiasan

Mangsa yang pernah bekerja sebagai setiausaha pengarah bank sudah kematian suami 15 tahun lalu dan tidak mempunyai anak. Mangsa dilaporkan hanya tinggal berdua bersama pembantu rumahnya dan mayat mangsa ditemui oleh kakaknya sendiri.

Suspek utama kes adalah pembantu rumah mangsa dan usaha memburu suspek segera dilakukan. Kes akhirnya dapat diselesaikan selepas penahanan suspek di tapak projek Nada Alam Seri Pajam Nilai pada jam 2.20 petang, sebelum kekasihnya yang berusia 29 tahun ditahan di Pangsa Rakyat, College Valley, Pajam, pada hari yang sama.

Pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 25 tahun itu dipercayai telah melarikan diri selepas kematian mangsa dan turut melarikan kad bank milik mangsa, kata Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan.

Polis berjaya mengesan suspek kerana suspek telah mengeluarkan duit sebanyak dua kali menggunakan kad bank milik mangsa di sekitar NilaiSepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.



Gambar hiasan

Hasil soal siasat kedua-dua suspek akhirnya mengaku terlibat dalam kes pembunuhan itu dan di tahan reman sehingga 21 Jun ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar pembunuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati,” kata Othman.

Menurut Othman lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas selain terdapat kesan gigit di puting sebelah kanan mangsa dipercayai gigitan manusia. Saikonya..Dah la bunuh, gangguan seksual pulak tu!

Kes masih lagi dalam siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar pembunuhan dan ianya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Inilah bahayanya tinggal bersama orang yang kita belum betul-betul kenal. Adik-beradik pun boleh bunuh sama sendiri, inikan pulak orang yang tidak ada pertalian darah dengan kita. 



Baca: Pembantu Rumah Warga Indonesia Kantoi Pukul Anak Majikan, Beri ALasan Tidak Munasabah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rs4RfT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News