Isnin, 5 Jun 2017

Ziela Jalil nafi beli tudung Rm5,000 sebaliknya cuma RM30

Pelakon dan penerbit drama Datuk Ziela Jalil menafikan beliau berbelanja mewah untuk membeli tudung seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Baca artikel sebelum: Tak salah pada yang mampu beli tudung mahal untuk tutup aurat: Beli tudung harga RM5000, Ziela Jalil anggap itu terapi rawat tekanan

Ziela, 46, dalam satu status Instagram miliknya menjelaskan bahawa dia hanya ke butik jenama terkenal tersebut sebagai terapi, namun tidak membelinya seperti didakwa.

“Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.

“Pemilik Bawal Exclusive selalu menaja saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja,” tulisnya.

Ziela memuat naik status menjelaskan tentang perkara berkenaan.

Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil berkata demikian bagi menjelaskan sebuah laporan akhbar pada Ahad yang mendakwa beliau berbelanja mewah dengan membeli tudung berharga ribuan ringgit pada setiap hari.

Menjelaskan perkara berkenaan, penerbit drama 7 Hari Mencintaiku berkata, pendapatnya mengenai sikap berbelanja mewah seseorang adalah terpulang kepada individu yang mampu.

“Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja, jangan tak merasa,” katanya.

Ziela turut berkata, dia kesal dengan perkara berkenaan yang akan mengudang masalah kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sumber: MStar



Sumber Ziela Jalil nafi beli tudung Rm5,000 sebaliknya cuma RM30

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rs1yYJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News