Selasa, 6 Jun 2017

29 Individu Ditahan Dalam Op Noda

JOHOR BAHRU – Polis menahan 29 individu termasuk 20 wanita warga asing atas pelbagai kesalahan menerusi Op Noda yang diadakan di tujuh pusat hiburan di seluruh negeri Johor, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata selain wanita warga asing itu, turut ditahan enam lelaki dan tiga wanita tempatan serta kesemua mereka yang ditahan berusia 22 hingga 37 tahun.

“Bertindak atas maklumat, pasukan kita telah menjalankan serbuan ke atas empat pusat hiburan dan tiga spa dari lima daerah berasingan yang dipercayai menjalankan operasi tanpa lesen serta melanggar syarat.

“Seramai 74 orang turut diperiksa dalam kesemua serbuan tersebut dan 20 wanita asing pelbagai warganegara yang ditahan dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor 4/98 kerana premis-premis dipercayai menjalankan perniagaan melebihi masa dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan warga asing tanpa permit yang sah.

Pelayan pelanggan yang ditahan pula akan didakwa di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai visa kerja yang sah. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPAKSy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News