Selasa, 6 Jun 2017

Johor Kenal Pasti Atlet Veteran Untuk Penghargaan

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mencadangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenal pasti atlet veteran yang pernah mewakili negara untuk diberikan penghargaan dan bantuan sara hidup yang selayaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Zulkurnain Kamisan berkata ini kerana sebahagian besar daripada mereka yang pernah mengharumkan negara ini kini hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan memerlukan perhatian.

“Kalau kita lihat atlet-atlet terdahulu semuanya hidup dan menjalankan latihan dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi kemudahan tetapi mereka masih mampu mengharumkan nama negara, jadi tidak wajar bagi kita generasi pada hari ini membiarkan mereka dalam keadaan seperti ini.

“Jadi saya mewakili kerajaan negeri ingin memberikan cadangan ini kepada kementerian dan kerajaan pusat agar sekurang-kurangnya nasib mereka di usia senja dapat dibela dan mereka dapat menyara kehidupan mereka selayaknya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi bekas pemain badminton negara, Omar Manap yang mengalami sakit tua di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Menurutnya, ketika ini kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor sedang berusaha untuk mencari atlet-atlet veteran bagi memastikan mereka mendapat bantuan.

“Kita sudah ada beberapa nama yang kita belum boleh umumkan dan kerajaan negeri sendiri dalam tempoh terdekat ini akan menyampaikan bantuan kepada mereka. Cuma kita harap kerajaan pusat dapat bantu berikan mereka ini sedikit dana untuk diberikan bantuan secara bulanan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Majlis Sukan Negeri Johor menghulurkan bantuan secara one off berjumlah RM3,500 kepada Omar, 85, serta barangan keperluan harian.

Omar pernah memenangi Piala Thomas pada tahun 1967 bersama rakan-rakan yang lain seperti Tan Aik Huang, Yew Cheng Hoe, Teh Kew San, Ng Boon Bee, Tan Yee Khan dan Datuk Billy Ng.

Sementara itu, menurut anak perempuannya, Radziah 52, kesihatan ayahnya yang dijaga ibunya Hafifah Jaafar, 78, mula merosot sejak dua tahun kebelakangan ini dan seringkali mengalami masalah semput .

“Baru-baru ini dia banyak batuk, bila doktor periksa rupa-rupanya ada jangkitan kuman pada paru-paru. Selera makan dia pun kurang jadi bila tak makan lebih kerap sakit lah dia.

“Alhamdulillah kunjungan daripada Exco sukan hari ini buat dia gembira, dia pun dari tadi senyum, banyak ketawa dan barang-barang yang diberikan padanya pun dia suka,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPUqWs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News