Selasa, 6 Jun 2017

30 Nama Mulia Sebagai Yang Pertama Dalam Islam

DUA bulan lalu, kecoh mengenai: Bagaimana kata Hello mula diucapkan dalam kod perhubungan telefon. Banyak pandangan diungkapkan, dengan yang paling viral dikaitkan dengan nama seorang wanita.

Tidak mengapa. Lupakan saja. Jawapannya mudah, kerana dengan klik saja google, pasti ada faktanya.

Berikut susunan fakta seorang hamba Allah yang inginkan pengetahuan mengenai pelopor bagi pelbagai perkara dalam Islam disebarkan.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah: Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam: Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan: Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada Hari Kiamat: Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama akan Allah panggil pada hari qiamat: Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan Sa’i antara Safa dan Marwah: Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Kiamat: Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan kalender Hijrah: Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan Jawatan khalifah dalam Islam: Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW: Thuwaibah RA.

12. Muslima pertama syahid: Haris bin Abi Halah

13. Muslimah pertama syahid: Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis Hadis di dalam kitab: Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah: Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi Muazzin: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama bersolat dengan Rasulullah SAW: Ali bin Abi Thalib

18. Orang yang pertama membuat mimbar Masjid Nabi SAW: Tamim Ad-Dary

19. Orang yang pertamamenghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah: Zubair bin Al-Awwam

20. Orang yang pertama menulis sejarah Nabi Muhammad SAW: Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW: Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama menggagas usul fiqh : Imam Syafie RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam: Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan umum: Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan Baitulmal: Umar bin Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an setelah Rasulullah SAW: Ali bin Abi Thalib

28. Orang yang pertama membangun menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Mukri: Mus’ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke syurga: Nabi Muhammad SAW.

Justeru inilah antara senarai pertama yang penting dalam Islam.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGiSHV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News