Selasa, 6 Jun 2017

4 Sekeluarga Selamat, Kenderaan Terhumban Gaung

KUCHING – Berpantang ajal sebelum maut. Itu dialami empat sekeluarga apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung sedalam 40 kaki (kira-kira 12 meter) berhampiran Rumah Impit, Jalan Ulu Padeh, Betong.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dalam kemalangan kira-kira 8.30 pagi ini, tiga daripada mereka berjaya keluar sendiri dari kenderaan.

Sementara seorang lagi yang tersepit di bahagian tempat duduk belakang dikeluarkan oleh anggota bomba, katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, tujuh anggota bomba diketuai pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke tempat kemalangan untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan, katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvUha9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News