Selasa, 6 Jun 2017

Sultan Kedah Terima Zakat RM10.2 Juta Badan Korporat

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM10.2 juta daripada lapan badan korporat dan koperasi bagi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Zakat berkenaan diserahkan kepada baginda yang juga penaung LZNK oleh wakil kesemua badan korporat itu dalam satu majlis ringkas di Istana Anak Bukit, dekat sini.

Badan korporat dan koperasi berkenaan ialah Tenaga Nasional Berhad (RM2.9 juta), PLUS Berhad (RM2.4 juta), Bank Rakyat (RM1.4 juta), Bina Darulaman Berhad (RM1.27 juta), Gula Padang Terap (RM1 juta), Maybank Islamic (RM737,594.42), Celcom Berhad (RM118,383) dan Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah sebanyak RM350,000.

Sementara itu, Pengerusi LZNK Datuk Bakar Din berkata, sehingga 31 Mei lalu, pihaknya mengutip RM52.8 juta zakat manakala agihan zakat dalam tempoh yang sama berjumlah RM81.2 juta.

“Pada tahun lepas sebanyak RM8.7 juta berjaya dikutip hasil zakat fitrah dan sasaran zakat fitrah pada tahun ini adalah sebanyak RM9 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0z3h8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News