Selasa, 6 Jun 2017

Ammar, penerbit 'Sukan Tak Sentral' didakwa hari ini

KUALA LUMPUR: Pengacara dan penerbit rancangan "Sukan Tak Sentral" didakwa di Mahkamah Majistret di Sibu atas kesalahan membuat kenyataan menghina mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pengacara Azizul Ammar Abu Hassan, 30, atau Ammar didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan gangguan.

Penerbit Abdul Ghani Mohd Mokhtar, 41, turut didakwa atas kesalahan sama.

Jika disabitkan kesalahan, ia membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) Datuk Ahmad Izham Omar mengemukakan permohonan maaf kepada keluarga Watson atas kesilapan itu.

BACA: Pengacara Sukan Tak Sentral digantung tugas, program ditamatkan 

Di sidang media yang sama, Ammar sendiri turut hadir untuk bertemu keluarga Watson dan meminta maaf.

Bagaimanapun, Watson dan keluarganya dilaporkan menolak permohonan maaf itu dan tetap akan meneruskan prosedur undang-undang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWBsOU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News