Selasa, 6 Jun 2017

Mayat 7 Imigran Ditemui Dalam Lori Di Libya, 28 Lagi Selamat

TRIPOLI – Sebuah lori sejuk yang ditinggalkan terbiar di pinggir bandar Qarabulli, kira-kira 65 kilometer di timur Tripoli, didapati dipenuhi 34 migran warga Afrika, dengan tujuh daripadanya telahpun meninggal dunia akibat sesak nafas.

“Pasukan penyiasat yang dihantar untuk memeriksa lori itu menemui 34 imigran terkurung di dalamnya, dengan tujuh daripada mereka telahpun meninggal dunia. Kesemua 28 mangsa terselamat diberi rawatan kecemasan, syukur, keadaan mereka semakin baik,” kata jurucakap polis Libya.

Mangsa memberitahu penyeludup menyembunyikan mereka di bahagian belakang lori sejuk itu dan dalam perjalanan untuk menghantar mereka ke sebuah kapal yang akan diguna untuk menyeberangi Lautan Mediterranean.

Bagaimanapun, kata mereka, pemandu bertindak meninggalkan lori itu di tepi jalan setelah sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan tersebut.

Kumpulan berkenaan terkunci di dalam lori sejuk itu selama dua hari sebelum diselamatkan pukul 4 pagi Ahad.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) melaporkan insiden hampir sama berlaku baru-baru ini melibatkan 50 imigran dari Ghana dan Nigeria, dengan seramai 44 daripada mereka termasuk bayi dan kanak-kanak maut akibat kehausan setelah terkandas di gurun paling luas di dunia, Gurun Sahara.

Kumpulan imigran terlibat terpaksa meneruskan perjalanan di gurun itu dengan berjalan dalam keadaan cuaca panas mencecah 60 darjah Celcius pada waktu siang dan suhu di bawah 21 darjah Celcius pada waktu malam, setelah lori yang digunakan itu rosak.

Hanya enam orang daripada kumpulan imigran itu terselamat dan berjaya sampai ke kawasan penempatan penduduk dan melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Mayat kesemua mangsa yang maut dikeluarkan dari kawasan gurun itu oleh tentera Nigeria. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGczEc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News