Khamis, 15 Jun 2017

Bayi ‘Ditinggalkan’ Depan Premis Usahawan Kosmetik

SEORANG bayi perempuan dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat ditemui di hadapan sebuah kedai di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pagi tadi.

Bayi seberat 2.77 kilogram (kg) itu ditemui pada 7.30 pagi dan diletakkan dalam sebuah beg pakaian tidak bertutup.

Media tempatan melaporkan, bayi tersebut ditemui adik kepada pengasas kosmetik Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 37, ketika dia mahu membuang sampah berdekatan lokasi kejadian.

Faziani berkata, bayi berkenaan diletakkan di dalam beg pakaian yang dibalut dengan baju orang dewasa dan lengkap memakai sarung tangan serta kaki.

Katanya, ketika ditemui bayi berkenaan sedang menangis dan adik lelaki, Mohd Faizan Rohban Ahmad, 25, terus membawa pulang bayi itu ke rumah yang terletak 10 meter dari lokasi.

“Adik menunjukkan bayi itu kepada saya dan keluarga. Kami terkejut dan hanya mampu menangis kerana tidak menyangka ada orang sanggup membuang bayi di bulan Ramadan ini.

“Kami terus membawa bayi itu ke Klinik 1Malaysia yang terletak 20 meter dari rumah sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut,” katanya.

Satu laporan dibuat di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat berhubung penemuan bayi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip mengesahkan penemuan bayi perempuan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. – MYNEWSHUB.CC

Video di bawah sekadar hiasan….

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t4WKXI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News