Khamis, 15 Jun 2017

Pemberontak Houthi Lancar Peluru Berpandu Sasar Kapal UAE

RIYADH – Pakatan tentera diketuai Arab Saudi mengesan sebuah peluru berpandu yang menyasarkan kapal milik Emiriah Arab Bersatu di luar pantai Yaman, lapor agensi berita China Xinhua yang memetik akhbar tempatan Al Arabiya.

Serangan peluru berpandu itu berlaku pada Rabu ketika kapal berkenaan baharu sahaja berlepas daripada pelabuhan al-Mokha Yaman.

Menurut laporan tersebut, peluru berpandu itu dilancarkan pemberontak Houthi.

Bagaimanapun kapal itu tidak mengalami sebarang kerosakan.

Pakatan itu kini menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian dan mengesan pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svEN7E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News