POLIS semalam, menahan tiga orang, termasuk bekas pekerja dan pembantu rumah Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, kerana dipercayai mencuri wang tunai dan barang kemas bernilai RM100,000.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam berkata, suspek ditahan mangsa membuat laporan polis sebaik menjumpai penyata bank pada 4 petang semalam.
“Mangsa menjumpai penyata deposit wang di rumahnya di Kampung Damai Kuang. Semakan mendapati wang itu didepositkan isteri bekas pekerjanya ke Indonesia dipercayai menggunakan wang yang diserahkan pembantu rumah mangsa.
“Bagaimanapun, suspek yang juga pembantu rumah mangsa tidak mengaku dan memberi jawapan meragukan sebelum mangsa membuat laporan polis,” katanya.
Rabu lalu, tular video pembantu rumah memohon maaf kepada jutawan kosmetik itu selepas ‘kantoi’ mencuri wang, pakaian dan barang kemas milik Aliff Syukri dan isterinya.
Menurut Somu, susulan laporan polis yang dibuat Aliff semalam, polis menahan tiga suspek termasuk dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 24 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati empat pembantu rumah terbabit dalam kes ini. Justeru, tiga suspek yang ditahan adalah pembantu rumah, bekas pekerja dan isterinya.
“Siasatan masih dijalankan untuk menahan tiga lagi suspek yang masih bebas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, tiga suspek direman empat hari sehingga 22 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJGopW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
LinkMalaysia News