Selasa, 20 Jun 2017

'Saya bayar $100K untuk isteri awak 'bersama' saya satu malam, boleh?' - Tergamam tengok reaksi si suami


Pasangan suami isteri sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Pokoknya, sejauh manakah kesetiaan pasangan anda dan apakah yang lebih penting bagi mereka dalam sesebuah perkahwinan itu. 

Kebiasaannya kita mendengar atau membaca kisah isteri atau suami berlaku curang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing. Namun dalam video social experiment yang dilakukan Joey Salads, membuatkan kami bagaikan tidak percaya dengan reaksi dan keputusan si suami. 

Joey yang berpakaian pejabat dalam video tersebut menghampiri satu pasangan suami isteri yang sedang menolak troli mereka. Kemudian Joey bertanya berapakah harga untuk bersama isteri lelaki itu untuk satu malam. 

Reaksi awal si suami terkejut dan menganggap Joey tidak waras. Joey kemudian mengulangikan soalannya dan kali ini menawarkan sejumlah wang bernilai $10,000 (RM4,2830.50). 

Tidak percaya dengan wang yang ditunjukkan, si suami memeriksa ketulenan wang berkenaan dan mendapati ianya benar. Namun masih enggan melayani 'kegilaan' Joey dan segera beredar. 

Malangnya, apabila Joey menunjukkan sejumlah wang $100,000 (RM428,305), si suami berhenti berjalan dan terkedu buat seketika. 

"Baiklah, apa yang awak nak lakukan?" soal si suami. 

"Hanya satu malam saja, saya dengan dia," jawab Joey. 

"Saya tak percaya dengan ini semua," sampuk si isteri. 

"Baiklah, saya tidak ingin tahu apa yang awak nak lakukan," kata si suami. 

"Dengan duit ini awak boleh gunakan untuk bayar downpayment sebuah rumah. Hanya biarkan isteri awak bersama dengan saya satu malam sahaja. Dengan $100,000 ini kamu berdua boleh dapat rumah impian yang diidamkan," pujuk Joey lagi. 

Pasangan itu kemudian dilihat berbincang dan si isteri bagaikan tidak percaya dengan keputusan suaminya dan berulang kali menyoal suaminya sama ada dia serius dengan keputusannya itu. 

Si suami kemudian menjelaskan dia bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

"Bagaimana dengan awak? Ini termasuk mengadakan hubungan seks," soal Joey pada si isteri yang serta-merta menjawab tidak. 

"Baiklah, saya tambah lagi $10,000," kata Joey lagi. 

"Saya tak percaya ini semua. Adakah awak serius?" soal si isteri pada suaminya pula. 

"Itu sejumlah wang yang banyak. Tolonglah, $100,000 tu," pujuk rayu si suami. 

"Hanya satu malam sahaja dan saya akan hantar dia balik ke pangkuan awak jam 8 pagi esok," sampuk Joey. 

"Awak cakaplah, itu keputusan awak," kata si isteri pada suaminya. 

"Saya rasa kita patut lakukannya dan ia satu tindakan yang bijak," balas si suami membuatkan wanita itu tergamam seketika. 

Seketika kemudian kedua-dua pihak mencapai persetujuan dan berjabat tangan. Sebelum beredar, Joey bertanya apakah si suami mahu memberikan ciuman selamat tinggal kepada isterinya. 

"Saya gembira awak buat keputusan itu. Terima kasih, saya amat menghargainya," kata si isteri yang kemudian pergi bersama Joey. 


Di penghujung video tersebut, Joey menjelaskan bahawa itu semua hanya sekadar gurauan sahaja sebelum mengambil kembali wang $100,000 dari troli lelaki terbabit.

Video social experiment itu telah dikongsi 619,453 pengguna Facebook yang rata-rata mengecam tindakan si suami yang tergamak menjual isterinya hanya kerana mahukan duit $100,000 itu. 


Sumber : GengViral

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHgdNN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News