Selasa, 6 Jun 2017

Bintang Filem Indonesia Bercinta Dengan Bekas Suami Erra Fazira?

Heboh kini di laman sosial yang menceritakan tentang hubungan cinta di antara bintang filem terkenal dari negara seberang, Indonesia iaitu, Laudya Cynthia Bella bersama bekas suami pelakon terkenal, Erra Fazira, Engku Emran.

Khabar angin ini menjadi tular apabila Laudya dikatakan sering meninggalkan komen dan like pada status Engku Emran.

Terdapat pula gambar yang dikongsi oleh Laudya di akaun instagram miliknya tertulis kapsyen,
“Im blessed and thank u Allah for Every day,Everything,and E ❤️”

Ramai yang membuat spekulasi Gelaran ‘E’ itu mungkin dirujuk sebagai Engku Emran kerana menerusi beberapa video, dilihat Engku Emran turut berada dalam sebuah majlis yang disertai oleh Laudya di Indonesia.

Rata-rata pengikut Laudya di akaun instagramnya meninggalkan komen dengan mengatakan E yang dimaksudkan adalah Engku Emran.

syaamomo: Bcinta dgn bekas Erra @nor_liena . Hahhaa nasib sepadan
lynadlynna: May Allah bless both of u @laudyacynthiabella @iamkumbre

Komen daripada peminat bukan sahaja ditinggalkan di ruangan komen Laudya malah di akaun instagram Engku Emran juga turut dibanjiri komen-komen daripada peminat.
matana_levi: Ni ke calon suami @laudyacynthiabella?
anisprayuda: Cye pacarnya laudyacintyabella masuk lambeturah tu
abby_aris2: Ni lah E @laudyacynthiabella

Walau bagaimanapun, Laudya mahupun Engku Emran masih lagi belum membuat sebarang pengesahan sama ada benar atau tidak perhubungan cinta yang dikatakan terjalin antara mereka berdua. Jika benar, maka Kakigosip ingin mengucapkan tahniah dan semoga jodoh berpanjangan.

The post Bintang Filem Indonesia Bercinta Dengan Bekas Suami Erra Fazira? appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOdcuu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News