Sabtu, 10 Jun 2017

BSN Tanggung Penuntut Di Jepun Pulang Beraya

KOTA BHARU – Bank Simpanan Nasional (BSN) membuat kejutan istimewa untuk sebuah keluarga di Kampung Pulau Belanga, Kedai Lalat di sini apabila membawa pulang anak kesayangan mereka.

Lebih manis, anak perempuan pasangan warga emas tersebut yang belajar di Universiti Kagoshima, Jepun sejak beberapa tahun lalu itu akhirnya dapat pulang menemui keluarga bagi menyambut perayaan Syawal pada kali ini.

Ibrahim Isa, 57, dan Norlida Ismail, 55, sebenarnya sudah tiga tahun tidak pernah bertemu dengan anak mereka, Anis Farhana, 27, selepas wanita itu yang ditemani suaminya, menyambung pengajian di Jepun sejak tahun 2014.

Pertemuan istimewa itu diaturkan sendiri oleh pihak BSN menerusi Kempen Riuhkan Raya BSN 2017 yang juga merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bank tempatan tersebut.

Lebih unik, selain suaminya, Nik Mohamad Faiz, Anis Farhana turut membawa pulang anaknya, Nik Nur Saibah Al Khawlah yang baru berusia 2 tahun, untuk dipertemukan buat pertama kali dengan kedua-dua ibu bapanya.

Penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) tahun kedua di Jepun itu berkata, mereka sekeluarga sebenarnya tidak dapat pulang beraya di kampung halaman sejak tiga tahun lalu disebabkan faktor kewangan yang amat terbatas.

Anis Farhan malah hanya bergantung kepada suami yang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajiannya di Kagoshima, Kyushu, kira-kira 1,353 kilometer dari ibu kota Tokyo.

“Saya cukup rindu dengan keluarga di kampung. Hasrat saya untuk berpuasa dan menyambut hari raya puasa bersama-sama keluarga akhirnya menjadi kenyataan apabila terpilih dalam kempen yang dijalankan BSN ini.

“Saya tidak dapat mengambarkan perasaan saya ketika ini, sedih, sayu semuanya ada. Terima kasih BSN kerana merealisasikan impian saya untuk beraya di kampung tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar dan Pengarah Perniagaan BSN Kelantan, Komaruddin Mustafa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t4QoXS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



LinkMalaysia News