Selasa, 20 Jun 2017

Buat Sendiri Pencuci, Pelembap & Masker 3 In 1 Dengan 5 Bahan Dapur Ini, Yang Penting Tak Melekit!

Buat Sendiri Pencuci, Pelembap & Masker 3 In 1 Dengan 5 Bahan Dapur Ini, Yang Penting Tak Melekit!

Sesetengah kulit muka, jenis yang sensitif dan alergik. Tak boleh sembarangan letak produk pelembap terutama yang ada 'chemical'. Nanti muka boleh naik merah-merah dan jadi ruam. Habis muka yang licin jadi berbelak-belak.

Hari Raya empat hari lagi. Anda masih ada masa nak flawless kan kulit muka dengan bahan alami. Cubalah buat sendiri bahan perawatan wajah 3 in 1 dengan 5 bahan dapur yang dicatatkan oleh Puan Sarifa Redzuan, yang juga dikenal Cikgu Pah, Master Founder Formula Produk Bahan Alami.

Jika betul bancuhan dan penggunaannya ia mampu mencerahkan, membersih, mengecutkan jerawat, pudarkan parut jerawat dan melicinkan kulit wajah.

Sukatannya

1 batang Aloevera, ambil gelnya

1 sudu besar minyak kelapa dara (VCO)

1/4 sudu besar garam bukit halus/epsom salt

1/2 sudu besar madu

1/2 sudu jus lemon

Caranya

1.    Kacau kelima-lima bahan sampai sebati.

2.    Masukkan dalam peti sejuk.

3.    Sapu ke seluruh muka ketika sejuk

Cara Pakai Pelembap Alami

Pakai sebelum tidur, esok pagi cuci dengan air dingin. Boleh juga sapu pelembap sebelum pakai krim siang anda. Ia mampu merawat kembali kulit yang bermasalah.

Kena rajin amalkan, insya-Allah akan dapat kesan yang bagus.

Jadikan Masker

Ambil 1 sudu besar bahan adunan tambah dengan secubit serbuk kunyit. Kacau sebati dan sapu ke seluruh wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas bersih dengan air dingin.

Amalkan seminggu 3 kali untuk hasil yang baik.

Jadikan Pencuci Muka

Ambil 1 sudu besar bahan adunan tambah dengan 1/3 sudu besar susu tepung dan mulakan buat putaran seperti mencuci muka (cleansing milk)

Kenapa Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk

- Bahan alami perlu disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakkannya dari rosak.

- Adunan asal boleh tahan 1 ke 2 minggu.

- Bila adunan asal dah berubah warna atau naik kulat, bermakna ia sudah rosak.

- Bancuh bahan alami ketika mahu menggunakannya.

- Setiap bancuhan boleh digunakan sehingga 3 ke 5 kali.

Kenapa Cuci Muka Dengan Air Dingin

Air dingin samalah ertinya dengan air sejuk. Alasannya, air sejuk itu lebih segar. Hama tak suka air sejuk. Ia juga elakkan iritasi,

Kalau terasa gatal-gatal kulit muka, letak air sejuk. Sebab itulah ada kajian, kulit berjerawat perlu digolekkan ais di kawasan jerawat sampai kecut.

Kalau kulit sensitif atau terdedah bahan kimia terlarang, muka akan jadi pedih dan berubah warna pink. Cucilah dengan air dingin.

Bukan air suam tak bagus. Boleh guna cuma jangan selalu sebab ia boleh buat kulit jadi cepat kering.

Sumber: FB Kelas Cikgu Pah via Mingguan Wanita



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suW4uT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




LinkMalaysia News